Showing posts with label Kelab SPBT. Show all posts
Showing posts with label Kelab SPBT. Show all posts

9.14.2011

PERTANDINGAN BILIK BOSS PERINGKAT KEBANGSAAN



Setinggi-tinggi tahniah kepada JK Bilik Boss SMK Bandar Baru Bangi, yang telah tersenarai dalam 5 yang terbaik, dalam pertandingan bilik boss Peringkat Kebangsaan 2011, pihak Bahagian Buku Teks KPM, akan mengadakan pemantauan kali kedua pada 20 September 2011, untuk penentuan Juara, Naib juara dan Tempat ke 3 Peringkat Kebangsaan.

TAHNIAH !! TAHNIAH !!


9.13.2011

Pertandingan Melukis Kulit Buku

Pertandingan Melukis Kulit Buku telah dijalankan pada bulan Julai 2011.





Keselamatan dan Kesihatan

Disamping menjayakan perjalanan SPBT dan perlaksanaanya berjalan dengan lancar, pihak pengurusan SPBT juga tidak melupakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil. Sebagi langkah awal dan penjagaan keselamatan, pihak pengurusan menyediakan alat pemadam api bagi tujuan mengatasi sebarang kemungkinan. Alat ini di letakkan di bahagian pintu masuk ke bilik BOSS.

Di samping itu juga, aspek kesihatan juga tidak pandang ringan. Ubat-ubatan asas dan pertolongan cemas disediakan sama ada untuk guru dan ahli kelab yang menghadapi sebarang masalah kesihatan semasa dan sedang menjalankan aktiviti berkaitan.


9.11.2011

Taman SPBT

 

Pengindahan Taman SPBT adalah salah satu aktiviti yang dilakukan oleh Ahli Kelab SPBT dari masa ke semasa. Di samping dapat mengindahkan kawasan sekolah, ianya juga dapat meningkatkan kecintaan ahli kelab atau murid lain dalam usaha menghargai alam sekitar, kehijaun alam fauna serta memupuk minat terhadap akitivi pengindahan alam.

Tegasnya, Taman atau Raudah SPBT ini menyediakan  pelbagai tumbuhan herba yang wangi bagi melambangkan keunikan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan hidup dengan harmoni sejajar dengan konsep 1 Malaysia

Di samping itu juga, dengan penglibatan SPBT dengan taman ini juga dapat membangkitkan rasa kecintaan murid-murid kepada buku. Ini adalah kerana hubungan secara langsung SPBT dan buku adalah amat rapat.

9.10.2011

Pencapaian Cemerlang SPBT SMKBBB

Sistem Pengurusan SPBT SMK BBB telah beroleh beberapa kejayaan antaranya : 
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN 
 DAERAH HULU LANGAT 2004 
-Pengurusan Cemerlang Bilik Operasi SPBT
 ( Sekolah Menengah) 
-
DIANUGERAHKAN 4 BINTANG : MENYERTAI PERTANDINGAN PENGURUSAN BILIK OPERASI SPBT PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2005 
ANUGERAH PENGURUSAN BILIK BOSS TERBILANG (SPBT)
(Sekolah Menengah) 2010 
DIANUGERAHKAN 5 BINTANG : PENGURUSAN BILIK OPERASI SPBT CEMERLANG
PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 2010