Showing posts with label sisteks. Show all posts
Showing posts with label sisteks. Show all posts

9.13.2011

Pengkomputeran SPBT (SISTEKS)

contoh Bar Code
Dalam arena dunia multimedia yang semakin pesat berkembang, penggunaan sistem perkomputeran dalam  pengurusan sudah dianggap crucial. Dengan bilangan pelajar yang kian meningkat setiap tahun, dan menguruskan buku teks sehingga mencecah 10,000 buah disatu-satu sekolah, maka penggunaan sistem pengkomputeran amat membantu dan dapat melancarkan keseluruhan pengurusan buku teks ini. Sehubungan dengan itu, SMK BBB telah mengambil inisiatif bagi mengaplikasikan sistem ini dalam pengurusan SPBTnya.

Pembangunan Sisteks yang di bawah kelolaan Bahagian Buku Teks dengan kerjasama Penyelia Buku Teks Negeri/Daerah, Pembantu Penyelia Buku Teks dan guru-guru ICT yang terpilih diwujudkan bagi menyeragamkan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di semua sekolah seluruh negara demi ke arah kecemerlangan dan komitmen pentadbir serta guru dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT.


9.04.2011

SELAMAT DATANG !!

Selamat datang ke laman Blog SPBT SMKBBB
Laman blog ini dibina sebagai menyahut cabaran menyediakan maklumat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sekolah secara percuma dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan dari mana jua. Administrator atau webmaster web ini boleh dihubungi dengan menggunakan borang Hubungi Kami yang di sediakan dan pesanan anda akan di balas secepat mungkin.

Pentadbir Blog SPBT SMK BBB