PROGRAM
- PROGRAM OPS SIKAP
- PROGRAM PRIHATIN TEKS
- PROGRAM GEMILANG BERSAMA SPBT (Dengan kerjasama Panitia Mata pelajaran)
- REVISI BOSS
- P&P BERSAMA SPBT
- UJI MINDA SPBT
- INFO ARKIB
PROGRAM OPS SIKAP
PENDAHULUAN
Program Ops Sikap adalah merupakan satu program yang dijalankan oleh Kelab SPBT di bawah pengawasan Unit SPBT. Program ini bertujuan untuk mendidik para pelajar supaya menghargai buku teks yang diberi pinjam oleh Kerajaan. Program ini diharap dapat mengurangkan sikap pelajar yang mengambil ringan mengenai kepentingan menjaga buku teks.
MATLAMAT
Menanam sikap bertanggungjawab terhadap buku yang diberi secara pinjaman oleh Kerajaan atas dasar layak seratus peratus.
Melahirkan sikap pelajar yang menghargai buku teks dan menjaga buku teks.
OBJEKTIF
Membudayakan sikap menyayangi buku teks sendiri.
Memaksimumkan penggunaan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran harian
Melahirkan pelajar yang lebih bertanggungjawab ke atas buku sendiri dengan melaksanakan peraturan- peraturan peminjaman yang telah ditetapkan.
PELAKSANAAN
Program ini telah dijalankan sejak bulan Januari hingga Julai, 2011 dan rangka aktiviti yang dijalan adalah seperti berikut:
- Pemantauan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
- Pemantauan sebelum guru masuk ke kelas (waktu peralihan guru)
- Pemantauan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
- Pemantauan sebelum guru masuk ke kelas (waktu peralihan guru)
Beberapa pemasalahan yang berkait rapat dengan sikap pelajar terhadap keperihatinan mereka terhadap buku teks telah daapt dikenalpasti dan tindak susulan telah diambil sehinggalah akhir Julai 2011, para pelajar telah banyak menunjukkan perubahan sikap mereka terhadap kepentingan buku teks ini dalam pembelajaran khususnya ketika di kelas. Dari kes yang dikenalpasti, pemasalahan yang berkaitan telah menurun sehingga 80% diakhir pemantauan di jalankan.
PROGRAM PRIHATIN TEKS
PENDAHULUAN
Program ini merupakan satu usaha kearah memupuk pelajar yang bersikap prihatin terhadap buku teks. Ia juga dapat mengurangkan jumlah buku yang hilang setiap tahun. Program ini dijangka dapat mendidik sahsiah pelajar agar menyayangi buku teks dan menjaganya dengan cermat.
MATLAMAT
Menjumpai buku teks yang hilang dan memulangkan semula ke bilik SPBT untuk tindakan selanjutnya.
Melahirkan sikap pelajar yang menghargai buku teks dan menjaga buku teks.
Mengurangkan jumlah buku yang ditinggalkan merata-rata.
OBJEKTIF
Membudayakan sikap menyayangi buku teks sendiri.
Melahirkan pelajar yang lebih prihatindan bertanggungjawab ke atas buku masing-masing.
Melahirkan warga sekolah yang sentiasa peka terhadap peraturan sekolah khususnya peraturan SPBT
PELAKSANAAN
Program ini bermula dari bulan Januari hingga Julai 2011 dan dilakukan sepanjang musim cuti persekolahan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah:
- Pemantauan semasa cuti pertengahan semester pertama dari kelas ke kelas
- Pemantauan semasa cuti pertengahan tahun dari kelas ke kelas
- Pemantauan di dalam makmal-makmal sains
- Pemantauan di sekitar kawasan sekolah
Dari pemantauan yang dijalankan ianya telah membuahkan hasil yang amat baik. Bilangan buah buku yang dijumpai dipersekitaran kelas dan makmal menurun sebanyak 75%, iaitu hanya 25 buah buku saja yang dikesan dan dijumpai berbanding 108 buah pada awal pemantauan dijalankan.
PROGRAM GEMILANG BERSAMA SPBT (Dengan kerjasama Panitia Mata pelajaran)
PROGRAM SPBT BERSAMA PANITIA BAHASA INGGERIS
Pengenalan
Panitia dan Persatuan Bahasa Inggeris telah mengadakan pertandingan Drama antara pelajar-pelajar Tingkatan Empat sempena minggu Bahasa Inggeris. Skrip drama adalah berpandukan kepada buku teks ‘Gulp and Gasp’.
Objektif
- Supaya pelajar-pelajar dapat menggunakan Bahasa Inggeris dengan berkeyakinan tinggi.
- Supaya pelajar-pelajar dapat menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul berdasarkan tajuk dari buku teks
- Bahasa Inggeris yang ditetapkan
- Supaya pelajar-pelajar dapat menghafal dan mengikuti jalan cerita drama ‘Gulp and Gasp’.
- Supaya pelajar pelajar dapat mengenali setting drama tersebut.
- Supaya pelajar-pelajar dapat berlakon dengan menggunakan gaya dan intonasi yang betul
PROGRAM SPBT BERSAMA PANITIA BAHASA ARAB
PROGRAM MUKHAYYAM ARABIY 2011
OBJEKTIF
- Membantu pelajar-pelajar menambah kemahiran berbahasa Arab samada dari segi penguasaan perbendaharaan dan prosa kata bahasa Arab, pembinaan ayat, kefahaman dan pertuturan seperti yang terdapat di dalam buku teks Bahasa Arab Tingkatan 3.
- Memaksimumkan penggunaan buku teks dalam pembelajaran harian.
- Mencetuskan semangat dan perasaan kecintaan serta minat yang mendalam dalam diri untuk mempelajari dan menghayati Bahasa Arab.
- Melahirkan pelajar yang bersungguh-sungguh mempelajari Bahasa Arab dan mengimbanginya dengan sahsiah serta budi pekerti yang mulia untuk menjamin kejayaan yang sebenar.
PROGRAM SPBT BERSAMA PEND.ISLAM,TASAWWUR ISLAM,PEND. AL-QURAN & AL-SUNNAH & PEND.SYARIAH ISLAMIAH
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 1432H/2011M
Objektif
- Menghidup dan memenyemarakkan rasa kecintaan kepada Rasulullah S.A.W dengan memperbanyak selawat kepadanya. ( Adab kepada Rasul sukatan pelajaran tingkatan 4 - PQS )
- Melahirkan murid dan guru yang mencintai Rasulullah S.A.W dengan menghayati sifat-sifat mulia baginda dalam kehidupan seharian ( Konsep Kerasulan –sukatan pelajaran tingkatan 4 – Tasawwur Islam )
- Memaksimunkan penggunaan buku teks Tingkatan 4 hingga 5 dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengetahui riwayat hidup, sifat peribadi, perjuangan dan pengorbanan baginda sebagai bukti cinta kepada umatnya.
- Merapatkan ukhuwwah di antara murid dan guru SMK Bandar Baru Bangi.
REVISI BOSS
Pendahuluan
Pihak pengurusan SPBT berpendapat program ini dapat membantu pelajar sekolah SMKBB untuk membuat ulangkaji dan rujukan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.
Objektif
- Menggalakkan pelajar membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan SPM dan PMR.
- Pelajar dapat menggunakan dan memanfaatkan kemudahan SPBT sepenuhnya
- Membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli bahan rujukan membuat rujukan daripada buku teks yang digunakan di sekolah.
Kumpulan sasaran
Semua pelajar sekolah SMKBBB dengan keutamaan diberikan kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.
Syarat-syarat pinjaman
- Pelajar perlu mengambil borang senarai buku bagi tingkatan yang hendak dipinjam
- Pelajar menyerahkan kepada guru SPBT segala dokumen yang berkaitan dengan peminjaman tersebut.
- Pelajar dibenarkan membuat pinjaman selama sebulan.
- Pelajar perlu memperbaharui pinjaman mereka sekiranya mereka masih mahu menggunakan buku tersebut.
- Pinjaman hanya boleh dibuat sekiranya SPBT mempunyai lebihan buku bagi matapelajaran yang di pohon.
Program ini ádalah program berterusan dengan harapan dapat membantu pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan PMR dan SPM
P&P BERSAMA SPBT
Pendahuluan
Program ini dapat membantu guru dan pelajar sekolah SMKBB untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah di mana kemudahan buku teks dapat disediakan untuk pelajar terutamanya buku –buku yang digunakan dalam pembelajaran dalam tahun-tahun sebelumnya.
Objektif
- Menggalakkan pelajar membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan SPM dan PMR.
- Pelajar dapat menggunakan dan memanfaatkan kemudahan SPBT sepenuhnya
- Membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli bahan rujukan membuat rujukan daripada buku teks yang digunakan di sekolah.
Kumpulan sasaran
Semua pelajar sekolah SMKBBB dengan keutamaan diberikan kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.
UJI MINDA SPBT
PENDAHULUAN
Info arkib mula dijalankan pada awal sesi persekolahan 2011. Program ini dilaksanakan untuk memanfaatkan ilmu-ilmu yang diperolehi daripada daripada buku-buku teks SPBT KBSM yang dilupuskan.
OBJEKTIF
Menanamkan budaya pendidikan sepanjang hayat secara berterusan di kalangan pelajar.
Pelajar dapat menggunakan masa dengan berfaedah
KUMPULAN SASARAN
Untuk Semua pelajar SMK Bandar baru Bangi
CARA PERLAKSANAAN
Program ini mengambil maklumat daripada buku teks SPBT yang telah dilupuskan dan di “laminate” untuk menjadi bahan bacaan pelajar. Bahan ini ditempatkan di sudut info BOSS
INFO ARKIB
PENDAHULUAN
Info arkib mula dijalankan pada awal sesi persekolahan 2011. Program ini dilaksanakan untuk memanfaatkan ilmu-ilmu yang diperolehi daripada daripada buku-buku teks SPBT KBSM yang dilupuskan.
OBJEKTIF
Menanamkan budaya pendidikan sepanjang hayat secara berterusan di kalangan pelajar.
Pelajar dapat menggunakan masa dengan berfaedah
KUMPULAN SASARAN
Untuk Semua pelajar SMK Bandar baru Bangi
CARA PERLAKSANAAN
Program ini mengambil maklumat daripada buku teks SPBT yang telah dilupuskan dan di “laminate” untuk menjadi bahan bacaan pelajar. Bahan ini ditempatkan di sudut info BOSS
No comments:
Post a Comment
Sila nyatakan nama anda!!