" RAKAN BUKU RAKAN ILMU "
PENDAHULUAN
Kelab SPBT mula ditubuhkan sejajar dengan penubuhan BOSS, SMKBBB iaitu pada tahun 1984. Penubuhannya adalah bertujuan untuk membantu pengurusan dan perlaksanaan SPBT sekolah dengan lebih lancar dan berkesan. Justeru, ianya secara tidak langsung akan dapat memupuk sikap cintakan buku seterusnya memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu.
VISI
Menjadi sebuah kelab yang ahlinya sentiasa bersikap positif selaras dengan rukun Negara
MISI
Melahirkan pengawas dan AJK SPBT yang mahir dan pengurusan SPBT dan berketrampilan
JAWATANKUASA KELAB SSPBT 2011
Penaung
Pengetua, Puan Paridah Ahmad
Guru Penasihat
Puan Murni Bt Mohd Kassim (pagi)
Puan Rasheda Bt Saul Hamid (petang)
Pengerusi
Dharma Bin Mohaziz
Naib Pengerusi
Nur Adiba Anis Bt Ismail
Setiausaha
Nurul Fatihah Bt Razali
Penolong Setiausaha
Fariha Ilwani Bt Mohd Salleh
Bendahari
Zaid Ahmad Bin Mohd Zamri
AJK Tingkatan
Tingkatan 3
Khairul Azman Bin Parman
Tingkatan 4
Nasha Emieza Bt Ruhaizat
Tingkatan 5
Siti Nadihah Bt Khirullah
OBJEKTIF
- Melatih ahli dengan kemahiran pengurusan SPBT.
- Melengkapkan ahli dengan kemahiran kepimpinan supaya mampu menjalankan tugas pengawas dengan baik.
- Melibatkan ahli dengan aktiviti berfaedah semasa masa lapang mereka di sekolah. Menggunakan tenaga ahli untuk membangunkan infrastruktur dan keceriaan BOSS.
AKTIVITI-AKTIVITI AHLI KELAB
- Penglibatan dalam perlaksanaan program-program SPBT seperti Ops sikap, perihatin teks dan lestari SPBT
- Pengindahan Taman dan Raudah SPBT
- Melukis Mural
- Mengemaskini bilik SPBT
- Membaik pulih buku
- Memproses buku yang baru tiba