Mengenai SMKBBB

Menu
  1. Gambar Sekolah
  2. lencana Sekolah
  3. Profil Sekolah
  4. Sejarah Sekolah
  5. Piagam Sekolah
  6. Moto Sekolah
  7. Visi Sekolah
  8. Misi Sekolah
  9. Falsafah Sekolah
  10. Pengurusan Sekolah
  11. aliran yang ditawarkan Sekolah
  12. Aktiviti Kokurikulum

SMK Bandar Baru Bangi
Pintu Utama ke Kawasan Sekolah
Laluan Utama










SMK Bandar Baru Bangi











Gambaran Maya dalam 3D SMKBBB boleh di lihat di sini KLIK SINI

Lencana Sekolah

Lencana Sekolah SMK BBB














Apakah maksud di sebalik setiap elemen dalam paparan lencana sekolah ini?

MAKSUD
Melahirkan para pelajar yang berpengetahuan, berketrampilan, berdisiplin, berdedikasi serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
MOTO   
Berjaya, Berakhlak, Berbakti
OBOR               
Cahaya Kejayaan
EMPAT GELUNG
Empat rumah sukan dan pelajar-pelajar bersatu dan bergerak aktif dalam sukan
BUKU
Sumber Ilmu
JANGKA LUKIS & PROTRAKTOR
Melambangkan kemajuan dalam bidang matematik, sains dan teknoligi
WARNA BIRU
Keharmonian dan kegembiraan
MERAH
Tegas dan berani
HIJAU
Lambang Agama Islam


Profil Sekolah
Berikut adalah ringkasan maklumat mengenai SMK Bandar Baru Bangi :


Sejarah Sekolah
SMK Bandar Baru Bangi telah dibuka pada 1 Januari 1983 dan beroperasi dengan satu sesi sahaja. Ketika itu bilangan gurunya adalah seramai 11 orang dengan 161 orang pelajar. Mereka belajar di tingkatan 1 dan 2 serta ditempatkan di dalam 2 blok bangunan dengan 16 buah bilik darjah. Para pelajarnya pula terdiri daripada anak-anak penduduk sekitar Bandar Baru Bangi. 90% pelajarnya terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu. Sekolah ini telah mula membuka kelas tingkatan 4 pada tahun 1986 untuk memenuhi keperluan pembelajaran pada masa itu, walaupun sekolah telah mula mengeluarkan pelajar lulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sejak tahun 1984 lagi. Tingkatan 4 aliran sains dimulakan pada tahun 1990. SMK Bandar Baru Bangi telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 pada 15 Oktober 1990. Manakala pada 1 Mac 1994, status sekolah ini telah dinaiktarafkan dari Gred B ke Gred A pada 1 Mac 1994. Kawasan sekolah ini adalah seluas 11.2 ekar / 4.53 hektar.

Apabila kerajaan Malaysia melancarkan projek Multimedia Super Corridor (MSC), Sekolah Bestari adalah sebahagian daripada projek itu. Sejak itu, konsep pembelajaran Bestari adalah satu topik yang hangat diperkatakan di antara tenaga pengajar dan pelatih dalam Malaysia. Fasa pertama bagi memulakan operasi Sekolah Bestari adalah pada tahun 1999. SMK Bandar Baru Bangi telah dipilih untuk menjadi sekolah perintis bagi memulakan program Sekolah Bestari ini, sehubungan dengan status sekolah Bandar. Sehubungan dengan itu, SMK Bandar Baru Bangi telah mendapat sebuah makmal komputer bestari.

Pada tahun 2000, aliran Information Tecnology (IT) diperkenalkan kepada pelajar tingkatan 4 dan subjek Literasi Komputer untuk pelajar tingkatan 1. Sebuah lagi makmal didirikan menerusi sumbangan PIBG. Pada tahun 2003, SMK Bandar Baru Bangi telah memenangi Anugerah Sekolah Harapan Negara kategori Sekolah Menengah Luar Bandar peringkat Negeri Selangor dan Johan Peringkat Kebangsaan pada tahun 2004. Manakala pada tahun 2005, SMK Bandar Baru Bangi telah mendapat tempat ketiga Anugerah Kualiti peringkat Kebangsaan dan menerima Anugerah Lestari peringkat kebangsaan pada tahun 2006. Keceriaan SMK Bandar Baru Bangi telah mendapat perhatian daripada pihak pengarang majalah Anjung Seri apabila terpilih menjadi penghias ruangan cantik dan ceria di majalah Anjung Seri keluaran Mac 2007.

SMK Bandar Baru Bangi terletak di Jalan 2/1, Bandar Baru Bangi. Sekolah ini beroperasi pada 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang di mana sesi pagi untuk pelajar tingkatan 3,4 dan 5 sementara pada sesi petang untuk pelajar tingkatan 1 dan 2. Jumlah pelajar setakat tahun 2011 adalah seramai 2089 orang yang diuruskan oleh 118 staf akademik dan 14 orang staf bukan akademik. Pelajar-pelajar ditempatkan di 51 kelas dengan purata 46 orang pelajar untuk setiap kelas.

Piagam Sekolah
  • Menawarkan pendidikan menengah kepada pelajar-pelajar secara berkesan supaya mereka bertanggungjawab pada diri, keluarga, masyarakat serta dapat berbakti kepada negara.
  • Mengembangkan bakat dan potensi secara menyeluruh dan bersatupadu dari segi rohani, emosi dan jasmani dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
  • Berusaha untuk mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum ke arah kecemerlangan.
  • Mewujudkan masyaraklat yang ikram dan bersemangat kekitaan.
  • Membina dan mengukuhkan daya juang, daya tahan dan daya saing.
  • Mempertingkatkan tahap profesionalisme guru-guru dan kakitangan sokongan.
  • Bekerjasama dengan ibu bapa dan masyarakat dengan
  • penuh kemesraan dan kesopanan.


Moto Sekolah

Visi Sekolah

Misi Sekolah
Falsafah Sekolah

Pengurusan Sekolah

Carta Organisasi SMK BANDAR BARU BANGI 2011

(Sila Klik image untuk besarkan)


Aliran yang ditawarkan Sekolah
Tingkatan 1, 2 dan 3

  • SUBJEK TERAS
  • BAHASA MELAYU
  • BAHASA INGGERIS
  • BAHASA ARAB
  • MATEMATIK
  • SAINS
  • GEOGRAFI
  • SEJARAH
  • PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
  • PENDIDIKAN SENI
  • ICTL
  • SIVIK & KEWARGANEGARAAN
  • SUBJEK TERAS KH
  • PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
  • EKONOMI RUMAHTANGGA / KEMAHIRAN TEKNIKAL

Tingkatan 4

SUBJEK TERAS
  • BAHASA MELAYU
  • BAHASA INGGERIS
  • MATEMATIK
  • SEJARAH
  • PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
  • SIVIK & KEWARGANEGARAAN
  • PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN MORAL

ALIRAN SAINS
SUBJEK ELEKTIF
  • FIZIK
  • KIMIA
  • MATEMATIK TAMBAHAN
  • BIOLOGI
  • BAHASA ARAB
  • PEND. AL QURAN & AS SUNNAH
  • PEND. SYARIAH & ISLAMIAH
  • LUKISAN KEJURUTERAAN / ICT

ALIRAN KEMANUSIAAN
SUBJEK ELEKTIF
  • MATEMATIK TAMBAHAN
  • EKONOMI ASAS
  • PERDAGANGAN
  • PRINSIP AKAUN
  • TASAWWUR ISLAM
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL
  • INFORMATION OF COMUNICATION & TECHNOLOGY / EKONOMI RUMAHTANGGA

Tingkatan 5

SUBJEK TERAS
  • BAHASA MELAYU
  • BAHASA INGGERIS
  • MATEMATIK
  • SEJARAH
  • PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
  • SIVIK & KEWARGANEGARAAN
  • PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN MORAL

ALIRAN SAINS
SUBJEK ELEKTIF
  • FIZIK
  • KIMIA
  • MATEMATIK TAMBAHAN
  • BIOLOGI
  • BAHASA ARAB
  • PEND. AL QURAN & AS SUNNAH
  • PEND. SYARIAH & ISLAMIAH
  • LUKISAN KEJURUTERAAN / ICT
  • ENGLISH FOR SCIENCE & TECHNOLOGY

ALIRAN KEMANUSIAAN
SUBJEK ELEKTIF
  • MATEMATIK TAMBAHAN
  • EKONOMI ASAS
  • PERDAGANGAN
  • PRINSIP AKAUN
  • TASAWWUR ISLAM
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL
  • INFORMATION OF COMUNICATION & TECHNOLOGY/ EKONOMI RUMAHTANGGA

Aktiviti Kokurikulum
PERSATUAN IKHTISAS
  1. BAHASA MELAYU
  2. BAHASA INGGERIS
  3. PENDIDIKAN ISLAM
  4. SAINS
  5. SEJARAH
  6. GEOGRAFI
  7. SENI KREATIF
  8. BAHASA ARAB
  9. KEMAHIRAN HIDUP
  10. BIMBINGAN & KAUNSELING
  11. PENGGUNA
  12. PENCINTA ALAM
  13. CYBER BRIGADE
  14. REKA CIPTA
  15. TAMAN SUMBER SAINS
  16. KEUSAHAWANAN
  17. PENCEGAH JENAYAH
  18. ERT (Ekonomi Rumah Tangga)
  19. EKONOMI
  20. PERDAGANGAN
  21. KECERIAAN
  22. MATEMATIK
  23. LUKISAN KEJURUTERAAN
  24. SLAD
  25. KOIR SEKOLAH
  26. RAKAN BUKU
  27. KAJI CUACA
  28. SETIA
  29. RUKUN NEGARA
  30. KOPERASI
  31. KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN
  32. SENI SUARA / NASYID
  33. PERSATUAN UNIFORM / SUKARELA
  34. PENGAKAP
  35. BULAN SABIT MERAH
  36. TAEKWANDO
  37. TUNAS KADET REMAJA
  38. PUTERI ISLAM
  39. KELAB SUKAN KADET BOMBA
  40. KADET POLIS
  41. SILAT
  42. PANDU PUTERI / RENJER PUTERI
  43. BOLA SEPAK
  44. KELAB CATUR
  45. KELAB BADMINTON
  46. KELAB BOLA KERANJANG
  47. KELAB PING PONG
  48. KELAB BOLA TAMPAR
  49. KELAB TENIS KELAB BOLA BALING
  50. KELAB SILAT
  51. KELAB TAEKWANDO
  52. KELAB BOLA JARING
  53. KELAB HOKI
  54. KELAB SEPAK TAKRAW
  55. KELAB RAGBI
  56. OLAHRAGA