Peraturan

PERATURAN PENGGUNAAN BUKU SPBT

  1. Pelajar mesti menulis nama, tahun dan tingkatan dalam ruangan yang disediakan pada kulit dalam buku teks.
  2. Setiap pelajar wajib membalut buku menggunakan sampul plastik sahaja.Denda RM1 dikenakan untuk setiap buku yang gagal dibalut.
  3. Pelajar tidak boleh meninggalkan buku teks di kelas, almari, bawah meja, kantin atau di tempat awam lain . Buku tersebut akan dirampas dan pelajar perlu menebusnya dengan denda RM1 untuk setiap buku.
  4. Pelajar dilarang menconteng atau mengoyakkan mukasurat buku. Jangan rosakkan barkod buku!
  5. Semasa pemulangan buku, nombor buku mestilah sama dengan nombor buku dalam borang penerimaan yang diisi semasa peminjaman buku pada awal tahun.
  6. Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada akhir tahun akan dikenakan tindakan disiplin dan wajib menggantinya dengan wang atau buku.Pemulangan yang lewat akan dikenakan denda RM1.
  7. Pengawas SPBT akan mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan berkuasa merampas buku setelah amaran kedua diberi.

PERATURAN PENGGUNAAN BOSS

  1. Hanya guru-guru dan pengawas SPBT dibenarkan menggunakan BOSS dan kemudahan yang disediakan.
  2. Kemudahan komputer hendaklah di awasi oleh dan penggunaan persendirian hendaklah direkodkan.Sebarang cetakan persendirian hendaklah menggunakan kertas sendiri.
  3. Tanggalkan kasut dan susun dengan kemas.
  4. Penggunaan bilik semasa waktu pembelajaran hanya dibenarkan jika ada urusan segera dan mesti diiringi guru.Penggunaan bilik selepas waktu persekolahan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada guru serta direkodkan.
  5. Pastikan alat penghawa dingin dan suis lampu dan kipas ditutup sebelum meninggalkan BOSS.
  6. Kemas dan sapu sebelum beredar pada akhir waktu penggunaan.
  7. Letak semula alatulis, fail dan lain-lain peralatan yang telah digunakan di tempat asal.
  8. Dilarang membuat bising atau berbual-bual kosong tanpa membuat kerja-kerja BOSS atau mengulangkaji.
  9. Pulangkan kunci pada pagi berikutnya setelah digunakan.

TANGGUNGJAWAB GURU SPBT

  1. Menjadi Setiausaha kepada AJK kelayakan murid, AJK Lembaga Pemeriksa Pelupusan buku teks sekolah
  2. Mengurus bilik BOSS
  3. Merancang dan mengurus baik pulih buku teks
  4. Mengedar,mengumpul dan menyemak borang SPBT 1/1 A
  5. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas buku teks
  6. Mengurus dan mengemaskini semua fail dan buku stok
  7. Menjadi Penasihat Kelab  SPBT sekolah
  8. Menerima dan menyemak bekalan buku teks dan tandatangan Nota Serah
  9. Menghayati,mematuhi dan melaksanakan semua arahan buku teks
  10. Membuat permohonan keperluan buku teks SPBT
  11. Merancang dan mengurus baik pulih buku teks
  12. Menyediakan data enrolmen murid dan murid layak
  13. Melaporkan kepada GPK HEM/GPK/Penyelia petang masalah berkaitan buku teks
  14. Menyelaras pengisian borang SPBT G
  15. Menguruskan pelupusan buku teks
  16. Menguruskan gantian buku teks yang hilang/dirosakkan
  17. Memastikan buku SPBT dicop dengan cop SPBT dan dicatat tarikh penerimaan.