2.19.2012

Laman Facebook SPBT SMKBBB

MAKLUMAN

Admin telah memanjangkan rangkain blog ini kepada laman sosial Facebook . Ini adalah bagi membolehkan segala maklumat berkenaan SPBT dapat di salurkan kepada semua murid dan guru² sekolah ini. Laman ini diwujudkan juga bagi menyampaikan maklumat umum yang boleh dikongsikan bersama di kalangan murid, guru dan ibubapa. Laman ini terbuka kepada semua yang berminat termasuklah bekas pelajar sekolah ini.


2.18.2012

Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2011

Sekalung tahniah harus diberikan kepada semua kakitangan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan juga kepada Puan Pengetua, kerana telah mencapai kejayaan yang besar dan di anugerahkan Kecemerlangan Pengurusan Bilik Operasi SPBT kategori sekolah menengah peringkat kebangsaan bagi tahun 2011.

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah di adakan pada 23 Oktober, 2011, bertempat di Hotel Falmingo, Ampang. Kemenangan  ini telah menjulang nama SMKBBB dalam  pengurusan SPBT, dan telah dijadikan contoh dan penanda aras bagi sekolah lain untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam mengemudi pengurusan SPBT.


2.15.2012

Lawatan Penanda Aras

SMK Cheras Jaya dan SM Teknik akan melawat bilik BOSS SMKBB hari ini (15 Feb 2012). Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan pihak terbabit. Semoga lawatan ini dapat membantu sekolah tuan puan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.


Kembali Ke sekolah


Tahun 2012 telah bermula bilik Spbt tidak sunyi dengan aktiviti mengagihkan buku teks kepada pelajar yang masih belum mengambil buku tahun lepas dan pelajar tingkatan 4 2012.

Bilik BOSS tidak sunyi dengan pelajar yang datang dengan pelbagai ragam untuk mengambil buku.Alhamdulillah proses pengambilan buku berjalan lancar. Buku-buku yang tidak mencukupi akan diambil dari agihan antara daerah.






10.24.2011

Tahniah !!

Tahniah di ucapkan kepada Pengetua dan semua kakitangan Pengurusan SPBT SMK Bandar Baru Bangi, kerana menjadi JUARA bagi pertandingan BOSS 2011.

10.20.2011

PEMULANGAN BUKU TEKS TINGKATAN 4

                     Tarikh                                                          Kelas

31 Oktober 2011                                                           4 Bakti
Isnin                                                                               (8.00 - 9.00 pg)
                                                                                      (11.00  - 12.30 pg)

1  November 2011                                                        4 Cekal
(Selasa)                                                                         (8.00 - 11.30 pg)
                                                                                      (murid yang mengambil ERT boleh        
                                                                                       memulangkan buku selepas peperiksaan)

2 November 2011                                                         4 Damai (8.00 - 9.00 pg)
(Rabu)                                                                           4 Jujur   ( 9.15 - 10.15 pg)
                                                                                      4 Amanah ( 11.00 - 10.25 pg)

3 November 2011                                                         4 Aman (8.00 - 9.00 pg)
Khamis                                                                          4 Nurani ( 9.15 - 10.25 pg)

9 November 2011                                                         4 Murni     ( 8.00 - 9.00 pg)
Rabu                                                                              4 Harmoni  ( 9.15 - 10.25 pg)


Untuk memastikan proses pemulangan buku teks SPBT berjalan lancar, adalah diharapkan agar guru-guru kelas Tingkatan 4 dapat merujuk kepada Carta Alir Pemulangan Buku Teks Akhir Tahun yang telah diserahkan kepada guru tingkatan.

Kerjasama dari semua pihak amat dihargai.


10.03.2011

JADUAL PEMULANGAN BUKU TEKS SPBT PELAJAR TINGKATAN 3

TARIKH
KELAS

13/10/2011

KHAMIS

3 NURANI
3 GIGIH
3 EHSAN


14/10/2011
JUMAAT

3 HARMONI
3 AMAN


17/10/2011
ISNIN

3 DAMAI
3 AMANAH


18/10/2011
SELASA

3 BAKTI
3 CERDAS


19/10/2011
RABU


3 CEKAL
3 BUDI
 

UNTUK MEMASTIKAN PROSES PEMULANGAN BUKU TEKS SPBT BERJALAN LANCAR, ADALAH DIHARAPKAN AGAR GURU -GURU KELAS TINGKATAN 3 DAPAT MENGINGATKAN SEMUA MURID KELAS MASING-MASING  MEMASTIKAN NO.SIRI BUKU DAN BILANGAN BUKU YANG AKAN DIPULANGKAN ADALAH SAMA DENGAN JUMLAH BILANGAN YANG DIPINJAM. GURU-GURU PERLU MEMASTIKAN BORANG PENERIMAAN BUKU ADA BAGI SETIAP MURID.

Pengurusan SPBT SMKBBB