9.14.2011

PERTANDINGAN BILIK BOSS PERINGKAT KEBANGSAAN



Setinggi-tinggi tahniah kepada JK Bilik Boss SMK Bandar Baru Bangi, yang telah tersenarai dalam 5 yang terbaik, dalam pertandingan bilik boss Peringkat Kebangsaan 2011, pihak Bahagian Buku Teks KPM, akan mengadakan pemantauan kali kedua pada 20 September 2011, untuk penentuan Juara, Naib juara dan Tempat ke 3 Peringkat Kebangsaan.

TAHNIAH !! TAHNIAH !!


Bilik BOSS


Lawatan Penanda Aras

Bandar Baru Bangi, Selangor, 23 Mei, 2011, Pengurusan SPBT SMK BBB, yang di ketuai oleh Puan Pengetua, Puan Paridah Ahmad, telah membuat satu Lawatan Penanda Aras ke SMK Bandar Baru Sungai Long (SMK BBSL). Lawatan yang dilakukan adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat, bertukar pendapat dan melihat sendiri bagaimana dan apakah usaha yang telah dilakukan oleh sekolah berkenaan (SMK BBSL) sehingga berjaya meraih beberapa anugerah hingga keperingkat kebangsaan. Hasil dari lawatan berkenaan, beberapa perubahan dan rombakan telah dilakukan bagi memboleh SMK BBB juga mampu mencapai kejayaan yang sama.

9.13.2011

Pertandingan Melukis Kulit Buku

Pertandingan Melukis Kulit Buku telah dijalankan pada bulan Julai 2011.





Program Memartabatkan Buku Teks

Dalam usaha menyemai semangat menghormati dan mencintai buku teks, beberapa program telah dirangka bagi memenuhi usaha ini, antaranya:

PROGRAM

Pengkomputeran SPBT (SISTEKS)

contoh Bar Code
Dalam arena dunia multimedia yang semakin pesat berkembang, penggunaan sistem perkomputeran dalam  pengurusan sudah dianggap crucial. Dengan bilangan pelajar yang kian meningkat setiap tahun, dan menguruskan buku teks sehingga mencecah 10,000 buah disatu-satu sekolah, maka penggunaan sistem pengkomputeran amat membantu dan dapat melancarkan keseluruhan pengurusan buku teks ini. Sehubungan dengan itu, SMK BBB telah mengambil inisiatif bagi mengaplikasikan sistem ini dalam pengurusan SPBTnya.

Pembangunan Sisteks yang di bawah kelolaan Bahagian Buku Teks dengan kerjasama Penyelia Buku Teks Negeri/Daerah, Pembantu Penyelia Buku Teks dan guru-guru ICT yang terpilih diwujudkan bagi menyeragamkan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di semua sekolah seluruh negara demi ke arah kecemerlangan dan komitmen pentadbir serta guru dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT.


Keselamatan dan Kesihatan

Disamping menjayakan perjalanan SPBT dan perlaksanaanya berjalan dengan lancar, pihak pengurusan SPBT juga tidak melupakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil. Sebagi langkah awal dan penjagaan keselamatan, pihak pengurusan menyediakan alat pemadam api bagi tujuan mengatasi sebarang kemungkinan. Alat ini di letakkan di bahagian pintu masuk ke bilik BOSS.

Di samping itu juga, aspek kesihatan juga tidak pandang ringan. Ubat-ubatan asas dan pertolongan cemas disediakan sama ada untuk guru dan ahli kelab yang menghadapi sebarang masalah kesihatan semasa dan sedang menjalankan aktiviti berkaitan.


9.11.2011

Taman SPBT

 

Pengindahan Taman SPBT adalah salah satu aktiviti yang dilakukan oleh Ahli Kelab SPBT dari masa ke semasa. Di samping dapat mengindahkan kawasan sekolah, ianya juga dapat meningkatkan kecintaan ahli kelab atau murid lain dalam usaha menghargai alam sekitar, kehijaun alam fauna serta memupuk minat terhadap akitivi pengindahan alam.

Tegasnya, Taman atau Raudah SPBT ini menyediakan  pelbagai tumbuhan herba yang wangi bagi melambangkan keunikan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan hidup dengan harmoni sejajar dengan konsep 1 Malaysia

Di samping itu juga, dengan penglibatan SPBT dengan taman ini juga dapat membangkitkan rasa kecintaan murid-murid kepada buku. Ini adalah kerana hubungan secara langsung SPBT dan buku adalah amat rapat.

9.10.2011

Majlis Penyerahan Buku

Ikrar di bacakan oleh Ketua Murid semasa Majlis Penyerahan Buku Teks

Majlis Penyerahan Buku teks kepada murid-murid telah di adakan pada 31 Januari 2011, di hadapan YDP PIBG, PEngetua dan Guru-guru sekolah, di iringi dengan lafaz ikrar. Dalam akujanji tersebut, murid-murid adalah bertanggungjawab untuk menggunakan sepenuhnya buku-buku pinjaman yang diberikan, dijaga dengan baik dan dikembalikan sebelum tamat persekolahan.

Pencapaian Cemerlang SPBT SMKBBB

Sistem Pengurusan SPBT SMK BBB telah beroleh beberapa kejayaan antaranya : 
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN 
 DAERAH HULU LANGAT 2004 
-Pengurusan Cemerlang Bilik Operasi SPBT
 ( Sekolah Menengah) 
-
DIANUGERAHKAN 4 BINTANG : MENYERTAI PERTANDINGAN PENGURUSAN BILIK OPERASI SPBT PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2005 
ANUGERAH PENGURUSAN BILIK BOSS TERBILANG (SPBT)
(Sekolah Menengah) 2010 
DIANUGERAHKAN 5 BINTANG : PENGURUSAN BILIK OPERASI SPBT CEMERLANG
PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 2010

9.04.2011

Persembahan SPBT SMKBBB 2011


SELAMAT DATANG !!

Selamat datang ke laman Blog SPBT SMKBBB
Laman blog ini dibina sebagai menyahut cabaran menyediakan maklumat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sekolah secara percuma dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan dari mana jua. Administrator atau webmaster web ini boleh dihubungi dengan menggunakan borang Hubungi Kami yang di sediakan dan pesanan anda akan di balas secepat mungkin.

Pentadbir Blog SPBT SMK BBB