9.11.2011

Taman SPBT

 

Pengindahan Taman SPBT adalah salah satu aktiviti yang dilakukan oleh Ahli Kelab SPBT dari masa ke semasa. Di samping dapat mengindahkan kawasan sekolah, ianya juga dapat meningkatkan kecintaan ahli kelab atau murid lain dalam usaha menghargai alam sekitar, kehijaun alam fauna serta memupuk minat terhadap akitivi pengindahan alam.

Tegasnya, Taman atau Raudah SPBT ini menyediakan  pelbagai tumbuhan herba yang wangi bagi melambangkan keunikan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan hidup dengan harmoni sejajar dengan konsep 1 Malaysia

Di samping itu juga, dengan penglibatan SPBT dengan taman ini juga dapat membangkitkan rasa kecintaan murid-murid kepada buku. Ini adalah kerana hubungan secara langsung SPBT dan buku adalah amat rapat.

No comments:

Post a Comment

Sila nyatakan nama anda!!