9.13.2011

Pengkomputeran SPBT (SISTEKS)

contoh Bar Code
Dalam arena dunia multimedia yang semakin pesat berkembang, penggunaan sistem perkomputeran dalam  pengurusan sudah dianggap crucial. Dengan bilangan pelajar yang kian meningkat setiap tahun, dan menguruskan buku teks sehingga mencecah 10,000 buah disatu-satu sekolah, maka penggunaan sistem pengkomputeran amat membantu dan dapat melancarkan keseluruhan pengurusan buku teks ini. Sehubungan dengan itu, SMK BBB telah mengambil inisiatif bagi mengaplikasikan sistem ini dalam pengurusan SPBTnya.

Pembangunan Sisteks yang di bawah kelolaan Bahagian Buku Teks dengan kerjasama Penyelia Buku Teks Negeri/Daerah, Pembantu Penyelia Buku Teks dan guru-guru ICT yang terpilih diwujudkan bagi menyeragamkan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di semua sekolah seluruh negara demi ke arah kecemerlangan dan komitmen pentadbir serta guru dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT.


Penggunaan sistem perkomputeran SPBT bertujuan untuk :
  1. Menyediakan satu program perkomputeran untuk perkhidmatan pengurusan SPBT yang lebih sistematik, bermutu dan efisyen.
  2. Mengemas kini dan menyusun semula program serta memastikan pengurusan SPBT bertambah cekap.
  3. Menyeragamkan satu sistem pengurusan SPBT di semua sekolah
  4. Memudahkan data-data pelajar diperoleh untuk kegunaan pengurusan sekolah yang lain.
  5. Mengurangkan tanggungan kerja guru SPBT, AJK SPBT dan guru-guru kelas supaya tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas.
  6. Meningkatkan kemahiran guru-guru SPBT dalam persekitaran sistem peroperasian komputer dalam pengurusan SPBT.
  7. Mengaplikasikan penggunaan komputer sepenuhnya dalam pengurusan SPBT.
  8. Mewujudkan satu sistem yang dapat membantu pengurusan yang berkesan.

Secara keseluruhannya, sistem ini tidak sahaja meliputi pengurusan pinjaman dan pengurusan buku teks malah ianya juga dapat diaplikasikan dalam pengurusan lain seperti proses pendaftaran pelajar baru, markah peperiksaan, bayaran yuran, maklumat keputusan peperiksaan  dan beberapa ciri lain.


Maklumat lanjut boleh layari Laman Rasmi SISTEKS

No comments:

Post a Comment

Sila nyatakan nama anda!!