Tahniah di ucapkan kepada Pengetua dan semua kakitangan Pengurusan SPBT SMK Bandar Baru Bangi, kerana menjadi JUARA bagi pertandingan BOSS 2011.
Selamat datang ke laman Blog SPBT SMK Bandar Baru Bangi.
Terimakasih kerana mengunjungi blog kami.Dapatkan maklumat SPBT anda di sini.
Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai.
10.24.2011
10.20.2011
PEMULANGAN BUKU TEKS TINGKATAN 4
Tarikh Kelas
31 Oktober 2011 4 Bakti
Isnin (8.00 - 9.00 pg)
(11.00 - 12.30 pg)
1 November 2011 4 Cekal
(Selasa) (8.00 - 11.30 pg)
(murid yang mengambil ERT boleh
memulangkan buku selepas peperiksaan)
2 November 2011 4 Damai (8.00 - 9.00 pg)
(Rabu) 4 Jujur ( 9.15 - 10.15 pg)
4 Amanah ( 11.00 - 10.25 pg)
3 November 2011 4 Aman (8.00 - 9.00 pg)
Khamis 4 Nurani ( 9.15 - 10.25 pg)
9 November 2011 4 Murni ( 8.00 - 9.00 pg)
Rabu 4 Harmoni ( 9.15 - 10.25 pg)
Untuk memastikan proses pemulangan buku teks SPBT berjalan lancar, adalah diharapkan agar guru-guru kelas Tingkatan 4 dapat merujuk kepada Carta Alir Pemulangan Buku Teks Akhir Tahun yang telah diserahkan kepada guru tingkatan.
Kerjasama dari semua pihak amat dihargai.
Untuk memastikan proses pemulangan buku teks SPBT berjalan lancar, adalah diharapkan agar guru-guru kelas Tingkatan 4 dapat merujuk kepada Carta Alir Pemulangan Buku Teks Akhir Tahun yang telah diserahkan kepada guru tingkatan.
Kerjasama dari semua pihak amat dihargai.
10.03.2011
JADUAL PEMULANGAN BUKU TEKS SPBT PELAJAR TINGKATAN 3
TARIKH | KELAS |
13/10/2011 KHAMIS | 3 NURANI 3 GIGIH 3 EHSAN |
14/10/2011 JUMAAT | 3 HARMONI 3 AMAN |
17/10/2011 ISNIN | 3 DAMAI 3 AMANAH |
18/10/2011 SELASA | 3 BAKTI 3 CERDAS |
19/10/2011 RABU | 3 CEKAL 3 BUDI |
UNTUK MEMASTIKAN PROSES PEMULANGAN BUKU TEKS SPBT BERJALAN LANCAR, ADALAH DIHARAPKAN AGAR GURU -GURU KELAS TINGKATAN 3 DAPAT MENGINGATKAN SEMUA MURID KELAS MASING-MASING MEMASTIKAN NO.SIRI BUKU DAN BILANGAN BUKU YANG AKAN DIPULANGKAN ADALAH SAMA DENGAN JUMLAH BILANGAN YANG DIPINJAM. GURU-GURU PERLU MEMASTIKAN BORANG PENERIMAAN BUKU ADA BAGI SETIAP MURID.
Pengurusan SPBT SMKBBB
9.14.2011
PERTANDINGAN BILIK BOSS PERINGKAT KEBANGSAAN
Setinggi-tinggi tahniah kepada JK Bilik Boss SMK Bandar Baru Bangi, yang telah tersenarai dalam 5 yang terbaik, dalam pertandingan bilik boss Peringkat Kebangsaan 2011, pihak Bahagian Buku Teks KPM, akan mengadakan pemantauan kali kedua pada 20 September 2011, untuk penentuan Juara, Naib juara dan Tempat ke 3 Peringkat Kebangsaan.
TAHNIAH !! TAHNIAH !!
PrintPDF
Labels:
BOSS,
Finalis,
kebangsaan,
Kelab SPBT,
pertandingan BOSS,
Tahniah,
Top 5
Lawatan Penanda Aras
Bandar Baru Bangi, Selangor, 23 Mei, 2011, Pengurusan SPBT SMK BBB, yang di ketuai oleh Puan Pengetua, Puan Paridah Ahmad, telah membuat satu Lawatan Penanda Aras ke SMK Bandar Baru Sungai Long (SMK BBSL). Lawatan yang dilakukan adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat, bertukar pendapat dan melihat sendiri bagaimana dan apakah usaha yang telah dilakukan oleh sekolah berkenaan (SMK BBSL) sehingga berjaya meraih beberapa anugerah hingga keperingkat kebangsaan. Hasil dari lawatan berkenaan, beberapa perubahan dan rombakan telah dilakukan bagi memboleh SMK BBB juga mampu mencapai kejayaan yang sama.
9.13.2011
Pertandingan Melukis Kulit Buku
PrintPDF
Labels:
buku teks,
Kelab SPBT,
melukis,
pertandingan
Program Memartabatkan Buku Teks
Dalam usaha menyemai semangat menghormati dan mencintai buku teks, beberapa program telah dirangka bagi memenuhi usaha ini, antaranya:
PROGRAM
PROGRAM
- PROGRAM OPS SIKAP
- PROGRAM PRIHATIN TEKS
- PROGRAM GEMILANG BERSAMA SPBT (Dengan kerjasama Panitia Mata pelajaran)
- REVISI BOSS
- P&P BERSAMA SPBT
- UJI MINDA SPBT
- INFO ARKIB
Pengkomputeran SPBT (SISTEKS)
contoh Bar Code |
Pembangunan Sisteks yang di bawah kelolaan Bahagian Buku Teks dengan kerjasama Penyelia Buku Teks Negeri/Daerah, Pembantu Penyelia Buku Teks dan guru-guru ICT yang terpilih diwujudkan bagi menyeragamkan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di semua sekolah seluruh negara demi ke arah kecemerlangan dan komitmen pentadbir serta guru dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT.
Keselamatan dan Kesihatan
Disamping menjayakan perjalanan SPBT dan perlaksanaanya berjalan dengan lancar, pihak pengurusan SPBT juga tidak melupakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil. Sebagi langkah awal dan penjagaan keselamatan, pihak pengurusan menyediakan alat pemadam api bagi tujuan mengatasi sebarang kemungkinan. Alat ini di letakkan di bahagian pintu masuk ke bilik BOSS.
Di samping itu juga, aspek kesihatan juga tidak pandang ringan. Ubat-ubatan asas dan pertolongan cemas disediakan sama ada untuk guru dan ahli kelab yang menghadapi sebarang masalah kesihatan semasa dan sedang menjalankan aktiviti berkaitan.
Di samping itu juga, aspek kesihatan juga tidak pandang ringan. Ubat-ubatan asas dan pertolongan cemas disediakan sama ada untuk guru dan ahli kelab yang menghadapi sebarang masalah kesihatan semasa dan sedang menjalankan aktiviti berkaitan.
PrintPDF
Labels:
BOSS,
Kelab SPBT,
keselamatan,
kesihatan
9.11.2011
Taman SPBT
Pengindahan Taman SPBT adalah salah satu aktiviti yang dilakukan oleh Ahli Kelab SPBT dari masa ke semasa. Di samping dapat mengindahkan kawasan sekolah, ianya juga dapat meningkatkan kecintaan ahli kelab atau murid lain dalam usaha menghargai alam sekitar, kehijaun alam fauna serta memupuk minat terhadap akitivi pengindahan alam.
Tegasnya, Taman atau Raudah SPBT ini menyediakan pelbagai tumbuhan herba yang wangi bagi melambangkan keunikan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan hidup dengan harmoni sejajar dengan konsep 1 Malaysia
Di samping itu juga, dengan penglibatan SPBT dengan taman ini juga dapat membangkitkan rasa kecintaan murid-murid kepada buku. Ini adalah kerana hubungan secara langsung SPBT dan buku adalah amat rapat.
PrintPDF
Labels:
alam sekitar,
Hijau,
Kelab SPBT,
Raudah,
Taman SPBT
9.10.2011
Majlis Penyerahan Buku
Ikrar di bacakan oleh Ketua Murid semasa Majlis Penyerahan Buku Teks |
Majlis Penyerahan Buku teks kepada murid-murid telah di adakan pada 31 Januari 2011, di hadapan YDP PIBG, PEngetua dan Guru-guru sekolah, di iringi dengan lafaz ikrar. Dalam akujanji tersebut, murid-murid adalah bertanggungjawab untuk menggunakan sepenuhnya buku-buku pinjaman yang diberikan, dijaga dengan baik dan dikembalikan sebelum tamat persekolahan.
Pencapaian Cemerlang SPBT SMKBBB
Sistem Pengurusan SPBT SMK BBB telah beroleh beberapa kejayaan antaranya :
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
DAERAH HULU LANGAT 2004
-Pengurusan Cemerlang Bilik Operasi SPBT
( Sekolah Menengah)
-
DIANUGERAHKAN 4 BINTANG : MENYERTAI PERTANDINGAN PENGURUSAN BILIK OPERASI SPBT PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2005
ANUGERAH PENGURUSAN BILIK BOSS TERBILANG (SPBT)
(Sekolah Menengah) 2010
DIANUGERAHKAN 5 BINTANG : PENGURUSAN BILIK OPERASI SPBT CEMERLANG
PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 2010
PrintPDF
Labels:
Anugerah,
BOSS,
Kelab SPBT,
PPDHL,
SMKBBB
9.04.2011
Persembahan SPBT SMKBBB 2011
PrintPDF
Labels:
BOSS,
buku teks,
Kelab SPBT,
program SPBT
SELAMAT DATANG !!
Selamat datang ke laman Blog SPBT SMKBBBLaman blog ini dibina sebagai menyahut cabaran menyediakan maklumat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sekolah secara percuma dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan dari mana jua. Administrator atau webmaster web ini boleh dihubungi dengan menggunakan borang Hubungi Kami yang di sediakan dan pesanan anda akan di balas secepat mungkin.
Pentadbir Blog SPBT SMK BBB
Pentadbir Blog SPBT SMK BBB
9.01.2011
Subscribe to:
Posts (Atom)